Wednesday 17 September 2014

PENDUDUKAN BRITISH


Pendudukan British merupakan satu lagi kuasa barat yang berminat akan kekayaan Tanah Melayu, Ini kerana Britih amat berminat untuk menguasai kekayaan ekonomi di Tanah Melayu. Oleh itu, dengan kedatangan British ke Tanah Melayu bermotifkan dorongan sumber-sumber asli dan faktor ekonomi. Lama-kelamaan setelah British menguasai ekonomi di Tanah Melayu, British juga ingin membawa kepada campur tangan politik di Tanah Melayu.

PEMBUKAAN SINGAPURA 1819
Selepas berakhirnya Perang Napoleon di Eropah, Belanda telah kembali berkuasa di Timur khususnya di Kepulauan Melayu. Selaras dengan konvensyen London pada 13 Ogos 1814, British bersetuju untuk memulangkan kesemua tanah jajahan mereka di Hindia Timur. Belanda juga telah kembali mengawal jalan perdagangan melalui Selat Melaka dan Selat Sunda dan keadaan ini telah menyebabkan Inggeris terpaksa mencari alternatif lain dalam mencari kawasan yang strategik bagi meneruskan perdagangannya. Bagi memastikan kepentingan perdagangan British dengan China dapat diteruskan, British memerlukan suatu penempatan baru di Kepulauan Melayu bagi melindungi perdagangannya dengan negeri China. Penempatan tersebut mestilah memenuhi keperluan tertentu antaranya

PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824
Selama lebih daripada 200 tahun, hubungan Inggeris- Belanda di Timur saling bermusuhan antara satu sama lain. Pembukaan Melaka oleh Raffles pada 1819 telah membangkitkan lagi kemarahan Belanda ke atas pemerintahan Inggeris. Untuk memperbaiki hubungan antara kedua-dua pihak yang menjadi semakin rumit, beberapa siri rundingan telah diadakan di antara 1820 hingga 1823. Tetapi rundingan ini gagal mencari jalan penyelesaian. Sementara itu kemajuan pesat Singapura telah menyebabkan Inggeris berazam untuk mengekalkan kekuasaan ke atas Singapura. Setelah beberapa perundingan diadakan, akhirnya satu perjanjian telah dicapai dan kedua-dua pihak telah memeterai perjanjian yang dikenali juga sebagai perjanjian London. Tujuan perjanjian ini adalah untuk menamatkan pergeseran yang berterusan antara kedua-dua belah pihak demi untuk kepentingan masing-masing. Antara perkara penting yang terkandung dalam perjanjian tersebut ialah Inggeris akan kekal berkuasa ke atas Singapura, manakala Melaka diserahkan kepada Inggeris dan Bangkahulu diserahkan kepada Belanda. Dengan termeterainya perjanjian ini, pembahagian kuasa antara Inggeris dengan Belanda telah disaksikan dan kedudukan politik Inggeris dan Belanda telah dikukuhkan lagi. Perjanjian 1824 ini juga telah menamatkan sejarah Empayar Johor, apabila kekuasaannya di kawasan Riau-Lingga terletak di baw ah pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga telah membolehkan Inggeris menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang juga dikenali sebagai Negeri Selat.

FAKTOR CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU

Dorongan Ekonomi

  • Galakan ekonomi bertujuan memastikan usaha memonopolikan hasil dagangan utama seperti Bijih Timah kerana ekoran kekacauan di Negeri-Negeri Melayu.
  • Perkembangan Revolusi Perusahaan (Perindustrian) pada abad ke-19 di Eropah, bermulanya mengetinkan makanan dan mengakibatkan lagi keinginan British untuk memonopolikan perdagangan timah.

Dorongan Politik

  • Pada abad ke-19, Britain masih kuat terpangaruh dengan dasar liberal dan perdagangan laissez-faire. Namun pada tahun 1870-an, dasar imperialisme mulai merebak di Britain lalu mempengaruhi tindak-tandukmereka di Tanah Melayu.
  • Selain Britain, kuasa barat yang lain seperti Belanda (di Indonesia) perancis (Indochina) disamping Itali, Jerman, dan Russia sedang bersaing.
  • Tanpa pengawalan politik dan campur tangan dalam pentadbiran tempatan, kuasa-kuasa ini boleh masuk dengan mudah melalui persahabatan dan hubungan perekonomian dengan raja-raja Melayu.

Campur Tangan British di Selangor
Seperti negeri-negeri Melayu yang lain, kekacauan juga berlaku di Selangor pada 1860-an dan 1870-an. Punca berlakunya kekacauan tersebut ialah :-
tidak adanya pentadbiran yang stabil selepas kemangkatan Sultan Ibrahim pada tahun 1826.

  • Pengganti-penggantinya, iaitu Sultan Muhammad yang manaiki takhta pada 1826.
  • Sultan Samad yang menaiki takhta pada tahun 1857 adalah pemerintah yang lemah.
  • Mereka menyerahkan pentadbiran daerah kepada putera-putera raja.
Dalam menjalankan pentadbiran daerah, putera-putera raja telah menindas rakyat untuk kepentingan mereka. Kelemahan sultan terbukti apabila Sultan Muhammad tidak dapat mengambil tindakan selepas seorang pembesar raja, iaitu Tengku Busu dibunuh oleh orang-orang Cina di Lukut pada tahun 1834.
            Kekacauan utama yang berlaku di Selangor ialah Perang Kelang yang meletus di antara 1867-1873. Perang Kelang 1867-1873 Kekacauan di Selangor berlaku kerana pergaduhan antara pembesar-pembesar dan pergaduhan pelombong-pelombong Cina. Antara 1867 hingga 1873 berlaku Perang Kelang antara Raja Mahdi dan Raja Abdullah (1867-1870) dan selepas 1873, di antara Raja Mahdi dengan putera Raja Abdullah iaitu Raja Ismail kerana merebut kawasan Kelang yang kaya dengan bijih timah.
Pada 1853, pemerintah Kelang iaitu Raja Sulaiman meninggal dunia. Sultan Muhammad yang memerintah Selangor ketika itu menganugerahkan Kelang kepada menantunya, Raja Abdullah dengan mengenepikan putera Raja Sulaiman, Raja Mahdi. Alasan Sultan Muhammad ialah kerana Raja Sulaiman tidak memajukan Kelang. Selepas dianugerahkan Kelang,
Raja Abdullah telah menjemput orang-orang Cina dari Negeri-negeri Selat untuk mengerjakan perlombongan bijih timah sehinggan Kelang muncul sebagai kawasan perlombongan yang maju. Tindakan Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah telah mendapat tentangan dari Raja Mahdi. Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat. Dalam perebutan takhta yang berlaku, anak saudara dan menantunya, iaitu Raja Abdul Samad telah dilantik sebagai sultan dengan mengusir Raja Muda Mahmud. Perlantikan Sultan Abdul Samad telah mendapat bantahan pembesar-pembesar Selangor, terutamanya Raja Mahdi, lebih-lebih lagi Sultan Abdul Samad memutuskan pertunangan Raja Mahdi dengan puterinya Raja Arfah yang dikahwinkan dengan Tengku Kudin, anak Sultan Muhammad Tajuddin (Kedah).
Raja Mahdi melarikan diri keKuala Selangor. Dengan bantuan Raja Hitam dan Raja Ali, Raja Mahdi berjaya menawan Kuala Selangor dari RajaMusa pada tahun 1871. Pada Jun 1871, berlaku peristiwa rompakan kapal yang bernama Kim Seng Cheong dari Pulau Pinang ke Larut yang membawa muatan kain, barang makanan dan ternakan. British telah menghantar 2 buah kapal perangnya, iaitu H.M.S. Pluto dan H.M.S. Renaldo ke Kuala Selangor. Ketibaan angkatan British telah menyebabkan lanun-lanun lari diri dari Kuala Selangor. Oleh sebab ketika itu Kuala Selangor diperintah oleh Raja Mahdi, maka British mengarahkan beliau menaiki kapal H.M.S. Renaldo bagi mengadakan rundingan untuk menyelesaikan masalah lanun di Kuala Selangor.
Oleh sebab ketika itu British masih mengamalkan dasar tidak campur tangan, maka Kuala Selangor diserahkan kepada Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Selangor. Raja Musa kembali ke Kuala Selangor dan menuntut haknya. Keengganan Tengku Kudin untuk menyerahkan Kualan Selangor menyebabkan Raja Musa menyebelahi Raja Mahdi untuk menentang Tengku Kudin. Akibatnya kekacauan di Selangor masoh berterusan.
Pada 16 November 1873, sekumpulan lanun yang disokong oleh putera-putera Sultan Abdul Samad telah menyerang sebuah kapal dagangan Melaka berhampiran dengan Sungai Jugra. 8 orang daripada 9 orang anak kapal yang merupakan rakyat British dibunuh. Sir Andrew Clarke mengambil kesempatan ini untuk menyokong Tengku Kudin dan meluaskan pengaruh British di Selangor. British berjaya menangkap 9 orang Melayu Selangor yang disyaki terlibat dalam kejadian itu. Sir Andrew Clarke memaksa Sultan Abdul Samad mengadakan perbicaraan ke atas lanun-lanun berkenaan pada bulan Februari 1874.
 Lanun-lanun itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati. Namun demikian, kejadian-kejadian pelanunan masih diteruskan lagi. Pada bulan Ogos 1874, satu kejadian pelanunan telah berlaku dekat Sungai Langat. Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke untuk menghantar Frank Swettenham tinggal dengan Sultan Abdul Samad sebagai ejen tidak rasmi Inggeris. Sultan Abdul Samad telah kagum dengan kepintaran dan kebijaksanaan Frank Swettenham dan meminta supaya British melantik seorang residen untuk menasihati baginda. Pada bulan Oktober 1874, J.G. Davidson dilantik sebagai Residen dengan Frank Swettenham sebagai Penolong Residen.

Campur Tangan British di Negeri Sembilan
Perlantikan Tenku Antah sebagai Yam Tuan Besar oleh penduduk Terachi,Gunung Pasir Hulu Muar dan Jempol tidak di iktiraf oleh Dato' Kelana. -Tenku Antah tidak diiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Tenku Antah juga tidak diiktiraf residen Inggeris di Sungai Ujong. -1875,Datuk Kelana dibantu Inggeris menuntut Terachi,Dato' Bandar ditewaskan. -Dato' Bandar kemudiannya dibuang negeri ke Singapura -1876,Tenku Antah diiktiraf Yam Tuan Besar Seri Menanti.

Campur Tangan British di Pahang
Usaha Sultan Ahmad untuk menghalang campur tangan British di Pahang :-
Berusaha membangunkan Pahang dengan mencontohi tindakan Sultan Abu Bakar (Johor).

  • Membawa pelabur Eropah lain masuk ke Pahang bagi memajukan negeri baginda.
  • Namun British menganggap tindakan ini boleh menjejaskan kepentingan mereka.
  •  Oleh itu, British berusaha untuk menguasai Pahang.

SISTEM RESIDEN
Campur tangan British secara rasmi bermula di Perak dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Ini diikuti dengan perluasan pengaruh dan pelantikan Residen British di Selangor (1874), Sungai Ujong (1874), Pahang (1888), dan Negeri Sembilan (1896). Pada teorinya, setiap Residen mempunyai tugas menasihati Sultan dalam urusan pentadbiran, memulihkan keamanan, memajukan ekonomi negeri, dan memperkenalkan sistem pungutan cukai. Namun pada hakikatnya, terdapat pelbagai kelemahan dan masalah dalam pelaksanaan sistem Residen. Ini kerana Residen sering melampaui bidang tugasnya
·         Bermula di Perak kemudian di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
·         Melalui Sistem Residen, British boleh berkuasa terhadap NNM dalam semua aspek, politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial.
·         Matlamat Sistem Residen :-
a)    Keamanan melalui undang-undang.
b)    Sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai teratur.
c)    Ekonomi - eksploitasi sumber semula jadi - bijih timah.

Pembangunan ekonomi Negeri
- perusahaan bijih timah, getah, kopi
- kemasukan buruh Cina dan India
- sumber ekonomi dimonopoli oleh British
Perubahan Politik
- Sultan berkuasa pada Agama Islam dan   adat-istiadat
- Perubahan sistem pentadbiran – Residen berkuasa
Perkembangan Sosial
-infrastruktur jalan keretapi, jalan raya, pusat kesihatan, pos dan sebagainya
 Kesan-kesan sistem Residen

NEGERI – NEGERI SELAT (NNS)
Negeri-Negeri Selat terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pusat pentadbirannya di peringkat awal ialah di Pulau Pinang. Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen.
Pada tahun 1826, ketiga-tiga negeri tersebut digabungkan bagi membentuk Negeri-negeri Selat. Penggabungan itu bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan perbelanjaan pentadbiran.
Pemindahan pentadbiran ke London pada tahun 1867 adalah kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India tidak mengambil berat kebajikan Negeri-Negeri Selat. Desakan oleh para saudagar yang tidak berpuas hati dengan dasar Pejabat Tanah Jajahan British di India dan cadangan Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk menghapus taraf pelabuhan bebas Singapura mengancam kemajuan perdagangan di Negeri-Negeri Selat.
Kemasukan pendatang dari China secara tidak terkawal menyebabkan berlaku kekacauan akibat penubuhan kongsi gelap dan penduduk membantah tindakan Pejabat Tanah Jajahan British di India yang menjadikan Singapura sebagai tempat pembuangan banduan dari India telah mempercepatkan pemindahan pusat pentadbirannya ke London.

NEGERI – NEGERI MELAYU BERSEKUTU 1896 (NNMB)
Pendahuluan -Negeri-negeri Melayu Bersekutu merupakan gabungan 4 buah negeri di Tanah Melayu iaitu Perak, Negeri sembilan, Selangor dan Pahang yang telah disatukan dalam satu pentadbiran berpusat. Pentadbiran ini juga dikenali sebagai Persekutuan 1896.
Idea awal penubuhan persekutuan ini telah dikemukakan oleh Sir Fredrick Weld.  Walaupun idea ini ditolak namun terus diusulkan sehinggalah Frank Swettenham berjaya mendapat persetujuan daripada keempat-empat sultan untuk menerima pembentukan persekutuan ini hasil kerjasama erat dan hubungan baik Frank Swettenham dan sultan-sultan Melayu, akhirnya pada 1 Julai 1896, persekutuan dilaksanakan secara rasmi.

FAKTOR- FAKTOR PENUBUHAN
1. Masalah kewangan di Pahang

  • Masalah ini timbul berikutan penentangan pemimpin – pemimpin tempatan di Pahang yang menyebabkan banyak kerosaakan.
  • Usaha untuk membanteraskan penentangan ini juga menelan belanja yang banyak dari segi peralatan senjata dan bekalan makanan tentera.

2. Kelemahan Sistem Residen

  • Setiap negeri terbabit mempunyai Residen masing – masing, Residen mentadbir hal ehwal pertanian, perlombongan, sisstem cukai dan isu – isu dengan cara mereka sendiri.
  • Hal ini kerana, merka tidak diberikan garis panduan untuk menjalankan pentadbiran yang seragam, gabungan ini dipercayai dapat mengawal kuasa residen yang dikhuatiri semakin mengatasi kuasa Gabenor British yang berpusat di Singapura.

3. Mengurangkan belanja untunk pentadbiran

  • Sistem pemerintahan berasiangan yang membahagikan negeri – negeri melayu kepada wilayah masing – masing akan menelan belanja yang besar.
  • Selain itu, gabungan juga dapat menyelaraskan sistem pentadbiran yang sebelum ini mengikut Sistem Residen masing – masing.

4. Faktor keselamatan

  • Pihak Inggeris menyedari bahawa Persekutuan adalah perlu bagi membentuk satu pasukan tentera bersama melindungi Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Sebelum ini kekacauan yang berlaku di Tanah Melayu ditangani dengan terpaksa mendapatkan bantuan dari Singapura, Hong Kong dan India.
  • Melalui pembentukan persekutuan, kekuatan angkatan tentera dapat diwujudkan dengan adanya gabungan keempat-empat buah negeri. Dengan memiliki angkatan tentera yang besar dan kuat, Inggeris bertambah yakin untuk mengatasi sebarang kemungkinan berkaitan kekacauan di Negeri-negeri Melayu tanpa bantuan dari negara luar.

5. Faktor ekonomi

  • Kegagalam Sistem Residen memajukan dan mempelbagaikan sumber ekonomi di sesebuah negeri telah memberi peluang yang lebih luas kepada orang-orang Cina untuk mengeksploitasi kekayaan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Justeru, perlaksanaan Sistem Residen lebih menguntungkan orang Cina berbanding orang Inggeris.
  • Bertitik tolak daripada pengalaman tersebut, maka pembentukan sebuah persekutuan amat penting bagi mewujudkan keseimbangan kemajuan ekonomi dan menarik kehadiran pelabur-pelabur Eropah ke Negeri-Negeri Melayu. Kemasukan pelabur Eropah secara beramai-ramai dijangka akan mempercepatkan pertumbuhan dan kemajuan ekonomi secara berskala besar.

6. Dasar Kerajaan Inggeris

  • Pada akhir abad ke-19, Inggeris mula menggalakkan penyatuan terhadap negeri-negeri yang terletak di bawah perlindungannya. Pembentukan sebuah persekutuan didiorong oleh hasrat dan dasar Inggeris yang ingin menyatukan negeri-negeri kecil di tanah jajahan mereka. Matlamatnya ialah untuk memudahkan usaha mengeksploitasi sumber kekayaan negeri agar ianya dapat dikumpulkan dan diagihkan secara sama rata bagi faedah semua.
  • Selain itu, usaha penyatuan memperlihatkan dasar Inggeris  yang cuba mengurangkan kos pentadbiran, mewujudkan kestabilan ekonomi dan menambahkan kecekapan dalam pemerintahannya. Ini menjadi dasar Inggeris untuk memperlihatkan kejayaan perlaksanaan dasar ini di tanah jajahannya di Australia, Afrika selatan, Amerika Utara dan Kanada.

Kesan – kesan Peninggalan NNMB di Tanah Melayu

  • Penubuhan beberapa Jabatan seperti :-


  1. Jabatan Kerja Raya
  2. Jabatan Kewanagan
  3. Jabatan Keadilan


  • Menyebabkan lebih banyak Pegawai – Pegawai British datang bagi merosotkan kuasa.
  • Raja dan Pembesar – Pembesar Tempatan.Tumpuan kuasa beralih kepada Residen Jeneral.
  • Hak - hak Raja dan Pembesar – Pembesar tempatan semakin merosot.
  • Dengan Sistem Pentadbiran yang lebih tersusun membawa kepada kestabilan ekonomi. Ini menyebabkan telah menarik minat kepada pelabur – pelabur asing untuk datang ke Tanah Melayu.
  • Penubuhan NNMB telah menggalakan kemasukan buruh dari cina dan india yang akan membawa kepada pembentukkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
  • Oleh itu, Penunbuhan NNMB menyebabkan rasa tidak puas hati oleh kalangan Raja.
  • Majlis Mesyuarat Persekutuan telah ditubuhkan pda tahun 1909 untuk mengemaskini pentadbiran NNMB.

NEGERI – NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU (NNMTB)
Negeri - negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah sekumpulan lima buah Negeri-Negeri Melayu. Negeri-negeri itu ialah:
  • Johor
  • Terengganu
  •   Kelantan
  •  Kedah
  •  Perlis

Kumpulan ini tidak menggambarkan negeri-negeri berikut sebagai satu entiti tetapi hanyalah sebagai satu terma untuk menerangkan tentang negeri-negeri Melayu berkenaan. Johor menandatangani Perjanjian perlindungan pada tahun 1885 dan akhirnya tunduk kepada tekanan untuk menerima Penasihat British pada tahun 1904.
Dibawah Perjanjian Bangkok 1909, Siam (kini Thailand) memindahkan hak-hak mereka terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis kepada pihak British. Pihak British kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan menandatangani perjanjian seperti perjanjian dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Pegawai kanan pentadbiran koloni British disitu dikenali sebagai "Penasihat".
Bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Bahasa Melayu dengan Tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi.
Kesemua negeri ini kemudiannya menyertai Malayan Union dan sekarang merupakan sebahagian daripada Malaysia.

PENGAGIHAN KUASA PUSAT (DISENTRALISASI 1920 – 1941)

  •  Pengagihan kuasa pusat (dasar dentralisasi) diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
  • Faktor – faktor Disentralisasi diperkenalkan oleh British :-
  • Sultan di NNMB tidak berpuas hati dengan pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Pesuruhjaya Tinggi Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 tidak berpihak kepada Sultan.
  • Menyatukan Negeri - Negeri Melayu (NNMB, NNMTB dan NNS).
  • Mengurangkan perbelanjaan pentadbiran.
  • Persaingan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi (Pentadbiran)
  • Disentrlisasi merupakan strategik British menguasai ekonomi di Tanah Melayu.

Peta : Tanah Melayu Mengikut Agihan Prntadbiran British

Sistem
Tahun Pengenalan
Negeri – Negeri Terbabit
Sistem Residen
1874 – 1889
Perak, Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan.
Negeri – Negeri Selat
(NNS)
1826
Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka.
Negeri – Negeri Melayu Bersekutu
(NNMB)
1896
Perak, Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan.
Negeri – Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NNMTB)
1909 – 1919
Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, dan  Johor.
Disentralisasi
1920
Semua Negeri Di Tanah Melayu.
Jadual : Sistem Pentadbiran pada zaman Penjajahan Inggeris

REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH
Penentangan Di Naning (1831 – 1832)
Melalui Perjanjian Inggeris – Belanda pada 17 Mac 1824, Melaka diletakkan di bawah kekuasaan British.
British menyatakan bahawa Naning merupakan sebahagian daripada Wilayah Melaka.
Gabenor Fullerton berpendapat bahawa penduduk Naning perlu membayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka kepada kerajaan British.
Cadangan British ditentang oleh Dol Said (Abdul said) iaitu penghulu Naning disebabkan atas faktor -  faktor lain seperti :-
a)    Pengenalan Peraturan 42, ‘Peraturan Penghulu’
b)    Siap pegawai British, iaitu W.T. Lewis (Pemungut Hasil Tanah Melaka).
c)    Isu sekatan Pemerintahan, Tanah dan Hamba.
·     Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831, dan telah diisytiharkan sebagai sebahagian wilayah Melaka.
  Justeru, Britsh telah menghantar sepasukan tentera untuk menangkap Dol Said dan memaksa beliau untuk menerima cadangan British. Pada bulan Februari 1834, Dol Said bertindak menyerah diri, dan dibenarkan untuk menetap di Melaka.


Penentangan Di Selangor

  • Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.
  • Pada 1868, Sultan Selangor melantik Tengku Kudin sebagai Wizurai Selangor. Tngku Kudin berpihak kepada Raja Ismail untuk merampas Klang pada tahun 1870.
  • British turut campur tangan dan memberi sokongan kepada Tengku /kudin dan Raja Mahadi.
  •  Ini disebabkan Raja Mahadi mendapat tentangan yang hebat.

Penentangan Di Perak

  • Sebab penentangan British di Perak
  • British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh Sultan dan Pembesar Melayu.
  •  Memaksa Sultan menandatangani surat penyerahan kuasa kepada Kerajaan British 1875.
  • Pembaharuan oleh J.W.W Birch :-
a)    Hapus sistem perhambaan.
b)    Beri perlindungan kepada hamba.
c)    Campur tangan dalam adat resam orang melayu.

  •      Sikap peribadi J.W.W Birch :-
a)    Buat pembaharuan secara tergesa – gesa.
b)    Tidak boleh berbahasa Melayu

  •     Dengan dasar ketidakpuas hatiDato Maharaja Lela telah mengarahkan Pak Endut dan Seputum ke Pasir Salak untuk membunuh Birch pada 2 November 1875.
  •     Penentangan di perak disebabkan faktor – faktor yang berikut :-
a)    Fahaman tentang Fungsi Residen yang berbeza.
b)    Kerajaan British dan Birch menyekat hak mengutip cukai.
c) Kerajaan British menggunakan Birch untuk memaksa Sultan Abdullah menandatangani surat penyerahan kuasa.
d)    Pembaharuan yang dibuat oleh Birch ialah menghapuskan sitem pengabdian hutang, memberikan perlindungan kepada hamba – hambanya yang lari dari tuannya dan campur tangan dalam adaat resam orang melayu.
e)    Sikap peribadi Birch itu sendiri secara terburu  - buru.

Penentangan Di Pahang

  • Pada peringkat awal, Pahang dikehendaki menerima wakil daripada Konsul British iaitu Hugh Clifford. Pelbagai pembaharuan cuba beliau laksanakan untuk dirinya sendiri.
  • J.P Rodger adalah pegawai pertama yang memegang jawatan Residen di Pahang pada bulan Oktober 1888.
  • Penentangan terhadp Sistem Residen oleh tokoh tempatan iaitu Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau pada tahun1891.
  • Faktor faktor mengakibatkan orang melayu mencetuskan pemberontakan ialah :
  1. Kehilangan kuasa dan keistimewaan Sultan serta Pembesar – pembesar Pahang.
  2. Kerajaan British telah memperkenalkan undang – undang Tanah Melayu yang boleh menyekatkan kebebasan pembesar Tanah Melayu dalam sumber Ekonomi mereka.
  3. Pembesar – pembesar melayu tidak boleh lagi menghakimi kes – kes jenayah dan sivil.
  4. Dalam Majlis Negeri pula , segala keputusan penting dibuat sepenuhnya oleh Residen British.
  5. British turut menggantikan penghulu – penghulu tradisi enam buah daerah di Pahang dengan para Pegawai British.
Penentangan Di Kelantan
Melalui perjanjian Bangkok 1909 Kelantan diserahkan kpd British dan James Scott Mason penasihat British Julai 1909.
·       Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan Bin Munas (Tok Janggut).

Ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
Perlantikan seorang Pegawai Daerah di Pasir Puteh oleh Kerajaan British mengakibatkan kehilangan kuasa Tradisional Pembesar Melayudi kawasan jeram iaitu, Engku Besar Jeram Tun Ahamad.
Pengenalan Sistem Tanah Baru 1915
Pada bulan Januali 1915 Tanah Baru diperkenalkan oleh Kerajaan British di mana orrang ramai perlu membayar Sewa Tanah yang tetap.
Pengenalan Cukai Hasil Pertanian dan Penternakan
Kerajaan British turut mengenakan cukai terhadap setiap tanaman utama pendudukan Kelantan terutama padi dan kelapa serta ternakan haiwan.
Sikap Pegawai Daerah Pasir Puteh
Pegawai Daerah Pasir Puteh yang dilantik oleh British, terutama pegawai yang ketiga, iaitu Che Abdul Latif ialah seorang yang kasar dan terlalu tegas.
Jadual : Punca Penentangan di Kelantan

Penentangan Di Terangganu

  • Pemberontakakn di Terengganu yang di ketuai oleh Haji Abdul Rahman Haji Abdul Hamid (Haji Abdul Rahman Limbong) dikenali sebagai pemberontakan tani pada 1928.
  • Antara faktor yang mencetuskan pemberontakan ini adalah seperti yang berikut :-
  1.     Pungutan cukai oleh Kerajaaan British ke atas Tanah, hasil tanah dan rakyat           dikenakan cukai kepala.
  2.      Kerajaan British memperkenalkan Sitem Pendidikan Barat
  3.   Kerajaan British juga memperkenalkan ‘Pas Kebenaran’ kepada sesiapa yang ingin membuka Tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan.
  • Pemberontakanberlaku pada 21 Mac 1928 serang Balai Polis dan Pejabat Daerah di Kuala Berang. Pemberotakan dapat ditumpaskan.
  • Abdul Rahman Limbong dibuang ke Makkah.
Penentangan Di Serawak
Sebelum Perang Dunia Kedua, Serawak Ditadbir oleh :-

  •      James Brooke
  •      Charles Brooke
  •          Charles Vyner Brook

Pemberontakkan terhadap pentadbiran Dinasti Brooke di Serawak

  • Semasa pemerintahan James Brooke pada tahun 1853, beliau telah menghapuskan perburuan kepala yang selama ini menjadi amalan tradisi penduduk peribumi di Serawak.
  • Kumpulan Dayak Laut yang tidak berpuas hati telah menyerang Kubu kerajaan, diketuai oleh Rentap dan berjaya membunuh seorang Pegawai British.
  • Semasa Pemerintahan Charles Brooke pada tahun 1859, pembesar – pembesar Kelantan diketuai oleh Sharif Masahor dan Abdul Ghapur telah membunuh dua orang Pegawai British iaitu Fox dan Steele.
  • Pada tahun 1893, semasa Pemerintahan Charles Brooke masyarakat Iban telah menyerang tentera Brooke di Hulu Sungai Batang Lupar. Diketuai oleh Banting.
  • Faktor utama serangan ini ialah Charles Brooke yang cuba menghapuskan adat dan tradisi tempatan.
  • Pada tahun 1920 semasa pemerintahan Vyner Brooke, orang Dayak menentang pembayaran cukai dan Pemberontakan di Sungai Kanowit.

Penentangan Di Sabah
·         Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British.
·         Terdapat dua kebangkitan iaitu :-
a)    Mohamed Salleh (Mat Salleh)
b)    Rundum
·         Faktor yang mencetus pemberontakan ini adalah :-
a)    Cukai yang akan dikenakan ke atas beras dan ubi kayu.
b)    Pengenalan ordinan yang melarang tindakan membersihkan hutan bagi tujuan pertanian pindah.
c)    Mengerah rakyat tempatan membina jalan – jalan kecil di hutan tanpa sebarang upah.

Jadual : Pejuang – pejuang Kemerdekaan Pada Peringkat Awal
DAERAH / NEGERI
TOKOH – TOKOH PEJUANG
Naning
Dol Said
Perak
Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor
Pahang
Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah
Kelantan
Tok Janggut
Sarawak
Rentap, Sharif Masahor, Abdul Ghapur, Banting, Asun
Sabah
Mat Salleh, Antanum

No comments:

Post a Comment